Surprise Me!

PRU15 | PPIM tubuh platform, kongsi aduan dan maklumat calon

2022-11-03 0 Dailymotion

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menubuhkan platform untuk berkongsi maklumat mengenai calon PRU15 dan ruangan untuk rakyat menyuarakan aduan serta cadangan tentang isu-isu yang ingin diselesaikan.<br /><br />Jelas Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, inisiatif ini menjadi keperluan ketika pihaknya sering menerima keluhan rakyat yang menghadapi pelbagai masalah tanpa ada solusi.<br /><br />Malah, rata-rata mereka juga buntu dalam membuat pilihan calon pemimpin kerana tidak cukup mengenali individu secara peribadi dan tidak tahu menilai prestasi dan janji calon berkenaan.

Buy Now on CodeCanyon